Posts

ROTI HOME MADE

Image
Jom buat sendiri ROTI HOMEMADE! BAHAN-BAHAN YANG PERLU ■  3 cawan tepung gandum ■  1 sudu makan marjerin ■  3 sudu gula ■  1 cawan susu sama ada full cream, low fat atau fresh yang suam (ikut kesukaan masing-masing) ■  1 sudu makan yis dan sedikit garam. CARA MEMBUAT Gula digaul bersama susu pilihan anda tadi dan yis. Biarkan bahan tersebut seketika dalam keadaan berbuih seperti di gambar mangkuk. Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam. Biar adunan nampak cantik Uli bahan tadi seketika sebelum masukkan pula marjerin dan diuli sekali lagi. Kemudian dibiarkan seketika untuk memberi masa tepung adunan tadi naik cantik. Bentukkan ke dalam bekas dan bakar. Sempurna! Untuk membakar roti ini, anda disarankan menetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230 C selama 30 hingga 45 minit sahaja. Tetapi kalau warna roti sudah bertukar kuning seperti di dalam gambar, keluarkan saja. Kredit : Hehiman Sakuan

'The Flash' tayangan di seluruh dunia bermula 16 Jun 2023 depan

Image
  LOS ANGELES: Selepas pelancaran treler pertama dua tahun lalu, penerbit Warner Bros. Pictures akhirnya menayangkan treler penuh filem adiwira The Flash di laman YouTube Comicbook, hari ini. Meskipun dihimpit kontroversi membuat kecoh di pusat hiburan awal tahun lalu, pelakon tampan Ezra Miller kekal memegang watak utama sebagai Barry Allen dalam filem arahan Andy Muschietti. Treler memperlihatkan Barry kembali ke garis masa di mana ibunya masih hidup bersuara, "Anda boleh pergi ke mana-mana. Garis masa lain. Alam semesta lain. Jadi mengapa anda mahu kekal dan berjuang untuk menyelamatkan yang ini?" Barry menjawab “Kerana ini tempat tinggal ibu saya. Saya tidak akan kehilangan dia lagi," Memandangkan Barry mahu kembali ke masa lalu untuk membetulkan keadaan, Bruce Wayne dari Ben Affleck memberi amaran bahawa Barry juga boleh memusnahkan segala-galanya. The Flash dibintangi oleh para pelakon hebat antaranya Sasha Calle sebagai Supergirl, Michael Shannon sebagai Genera...

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TESLA

Image
Tesla adalah satu jenama yg sangat terkenal di dunia. Ia di miliki billionaire terkenal Elon musk. Beberapa kelebihan dan kekurangan Tesla dapat dipertimbang jika seseorang ingin membeli Tesla Kelebihan Tesla: Kuasa Elektrik: Kenderaan Tesla menggunakan tenaga elektrik, yang merupakan sumber tenaga yang lebih bersih dan lebih mampan berbanding kereta berkuasa petrol tradisional. Sifar Pelepasan: Penjana elektrik Tesla menghapuskan pelepasan paip ekor, menjadikannya pilihan yang mesra alam dan mampan. Teknologi Lanjutan: Kenderaan Tesla terkenal dengan teknologi canggihnya, termasuk ciri pemanduan autonomi, kemas kini perisian melalui udara dan paparan skrin sentuh yang besar. Pengecasan Pantas: Rangkaian Supercharger Tesla membolehkan pengecasan pantas kenderaannya, menjadikan perjalanan jarak jauh lebih mudah dan mudah. Prestasi: Kenderaan Tesla terkenal dengan pecutan dan pengendaliannya yang mengagumkan, menjadikannya antara kenderaan terpantas dan paling menyeronokkan untuk di...

Tanda tanda serangan jantung

Image
   Tanda-tanda serangan jantung Beberapa tanda dan gejala serangan jantung adalah: 1) Sakit dada: Sakit, terbakar, tekanan atau sesak di dada, yang mungkin memancar ke lengan kiri, leher, rahang atau bahu. 2) Sesak nafas: Rasa seperti anda tidak boleh bernafas secara normal atau sukar untuk bernafas. 3)Keletihan dan keletihan: Rasa letih dan letih secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas. 4) Sakit kepala: Sakit kepala luar biasa. 5)Pening: Rasa pening atau mengantuk. 6)Loya: Sakit perut, muntah atau loya. 7) Muntah: Muntah tanpa sebab yang jelas. 8) Degupan jantung yang tidak normal: Degupan jantung yang cepat, berdebar-debar atau tidak teratur. Ini hanyalah beberapa tanda dan simptom biasa serangan jantung, dan terdapat banyak lagi yang mungkin berbeza dari orang ke orang. Jika anda merasakan anda mengalami simptom serangan jantung, segera pergi ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya. Tip mengelakan serangan jantung Petua untuk mengelakkan seranga...

RESEPI KERUTUK AYAM

Image
RESEPI KERUTUK AYAM. 1/2 ekor ayam (potong ikut suka, bersihkan n tos) 1 cawan santan 2 sudu kerisek 7 tangkai cili kering. 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2cm halia 1 batang serai Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) 1/2 bungkus rempah kerutuk adabi 1/2 bungkus rempah kari adabi Air Minyak Garam Gula melaka/gula gerek (ikut citarasa, nak manis lebihkan sikit) CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blender... (rebus dahulu cili kering.)  2.Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar... 3. Masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka/gula gerek (supaya bahan tumisan cepat garing)... 4. Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk.... 5. Masukkan sedikit air, kacau, kemudian masukkan ayam. 6. Gaulkan. Masukkan kerisik dan santan. 7. Kacau sampai pekat dan agak kering. 8. masukkan garam secukupnya...rasakan dan ikut kepekatan kuah masing - masing...

RESEPI ROTI DONUT BOLA

Image
RESEPI ROTI DONUT BOLA BAHAN - BAHAN 1 peket yis mauripan 3 cawan tepung gandum 1 cawan air suam 3sb gula ( nak manis boleh tmbah gula ikut suka manis tahap mana) 3sb susu pekat 2sb marjerin 1biji telur Gula halus @ gula aising ( untuk gaul donut nanti) CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Cairkan marjerin. bila dah sejuk tambah telur pukul sikit ketepikan. 2. Gula dan susu pekat disatukan dalam air suam kacau hingga larut masukkan yis kacau lagi biarkan dalam 10 minit. 3. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih- buih. masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur kacau. 4. Selepas tu boleh masuk kan bahan-bahan semua ke tepung gandum uli sampai jadi doh. 5. Dah jadi doh, rehatkan doh dalam 30 minit. 6. Dah rehatkan doh, uli tumbuk-tumbuk bagi buang angin selepas tu boleh buat bentuk bulat macam bola susun dalam dulang secara  jarang- jarang. ( taburkan tepung sikit ). 7. Dah siap bentukkan bulat-bulat. biarkan dalam 10-15 minit bagi kembang elok baru goreng. 8. Goreng dalam api yang serda...

RESEPI PAU KUKUS GEBUS

Image
RESEPI PAU KUKUS GEBUS BAHAN-BAHAN: 250 gram tepung pau baker choice 3 sudu besar gula castor 1 sudu susu pekat 1 sudu teh rata baking powder royal 1/2 cawan air klu doh keras tmbah sikit lgi air 5 gram instant yis 1 sudu besar penuh shortening 1/4 sudu garam halus 1/2 sudu teh krim super(JJ guna Rfb) CARA - CARANYA :   1. Ayak tepung gandum dengan baking powder. 2. Campurkan yis dan shortening masukkan dalam mixer.  3. Larutkan air dengan susu gula dan garam halus masukkan air dalam mixer. 4. Uli dalam 10 minit biar doh licin dan masukkan krim super. Uli dalam 5 minit dan boleh timbang doh 25 atau 30 gram . 5. Leperkan dan letak inti coklat dan kemaskan. Biar doh naik dalam 15 minit baru di kukus. 6. Kukusan yang sudah mendidih kecilkan api dan biarkan 5 minit baru letak kukusan dan penutup kukusan hendaklah di balut dengan kain.. Kukus selama 7 minit. Turunkan periuk kukusan kebawah baru di buka penutupnya untuk elak pau berkedut... Tips:  Dalam air kukusan masukkan dau...

RESEPI TELUR BISTIK SEMPOI

Image
RESEPI TELUR BISTIK SEMPOI BAHAN - BAHAN 5-6 bj telur(goreng mata kerbau jer) 1 biji bawang besar hiris  5 ulas bawang putih hiris Sedikit halia hiris(jgn byk tau) 10-15 bj cili padi potong tengah tp jgn putus 1/2 cawan mix vegetable 1  1/2 senduk sos cili Sedikit kicap(2 kali renjis)  1 cawan air(suka kuah lebih bleh tambah lg 1/2 cawan) 1/2 sdb gula(bleh tambah jika suka) 2 sdt garam Perasa jika perlu 2 senduk minyak masak CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Panaskan minyak.tumis bahan hiris dan cili hingga naik bau.. 2. Masukkan sos cili dan renjiskan kicap. Tumis hingga naik minyak.. 3. Masukkan sayur campur ( mix vegetable).kacau sebati.. 4. Masukkan air. Dah menggelegak masukkan telur, garam, perasa, sesuaikan rasa. 5. Apabila agak pekat, tutup api, sedia dihidang. 6. Tabur daun sup atau daun bawang . kredit Resepi:  MARIANA ZAINAL

RESEPI SOS PENCICAH THAI

Image
RESEPI SOS PENCICAH THAI BAHAN - BAHAN 3 ulas bawang putih dikopek kulit. 2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah). 1/2 cawan gula pasir. 3/4 cawan air. 1/4 cawan cuka. 1/2 sudu besar (tbsp) garam. 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air. CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung. 2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana. 3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit. 4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk. Kredit Resepi :  Masakan pelbagai citarasa

RESEPI CHUROS GEMOK

Image
RESEPI CHUROS GEMOK BAHAN-BAHAN 1 cawan tepung gandum 1sudu besar marjerin 1 sudu besar gula 1 cawan air 1 biji telur 1sudu kecil esen vanilla Secubit garam CARA - MEMBUATNYA 1. Masak air, marjerin ,gula & garam hingga mendidih  2.  Masukkan tepung gandum kacau sampai sebati. 3. Tutup api 4. Bagi suam masukkan telur kacau sebati 5. Tekan guna acuan semperit.. 6. Goreng sampai perang 7. Taburkan gula/serbuk kayu manis kalau suka atau pun cicah coklat kredit Resepi:  Cikpuan ala