Posts

Showing posts from June, 2020

RESEPI KEK LAPIS BENCI TAPI RINDU

Image
 RESEPI KEK LAPIS BENCI TAPI RINDU BAHAN - BAHAN 12 biji telur ayam.. 500 gm mentega.. 1/2 gelas gula.. 1 gelas tepung gandum 1 gelas tepung roti marie.. 1 tin kecil serikaya.. 1 tin rendah susu manis.. 1 sudu teh baking powder.. sedikit esen vanilla.. pewarna ikut suka.. 10 bungkus manisan masam manis atau secukupnya.. CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Asing putih telur dengan kuning telur. 2. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sampai habis. 3. Mentega, esen vanilla, serikaya, susu dipukul dibekas lain sampai sebati. 4. Kemudian masukkan kedalam adunan telur tadi. Masukkan baking powder. Gaul rata. 5. Adunan tadi dibahagi lagi kepada 2 bahagian. 6. Satu bahagian dimasukkan tepung gandum. 7. Satu bahagian dimasukkan tepung roti. 8. Warna ikut suka. 9. Bakar berlapis-lapis, selang seli ikut suka. Nota.. jika ditimbang mguna gelas saya.. 1 gelas tepung bersamaan dgn 170 gm. 1 gelas gula bersamaan dgn 270 gm. Sumber Resepi  Marlyssa ...

RESEPI CORNFLAKE CRUNCHY

Image
RESEPI CORNFLAKE CRUNCHY BAHAN - BAHAN 1 3/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan tepung jagung 1/2 sudu teh baking powder 2 cawan cornflakes ramas kasar 200g butter (suhu bilik) 3/4 cwn gula kastor 1 biji kuning telor CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telor 2. Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder  3. Gaul sebati 4. Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt 5. Sapu nipis permukaan loyang dengan butter  6. Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis  7. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah... Kredit Resepi :  Surainah Hussin .

RESEPI FRUIT PASTRY CAKE

Image
RESEPI FRUIT PASTRY CAKE BAHAN - BAHAN 200 gram Golden Churn butter 280 gram gula kastor  6 biji telur 4 sudu besar sour cream/120gm fresh milk 2 sudu besar mango flavour import  210 gram self raising (tepung naik sendiri),  **if nak guna tepung gandum kena tambahkan baking powder . Pelbagai jenis buah-buahan segar atau premium dried. CARA - CARA MEMBUATNYA : 1. Panaskan oven pada suhu 180°C, sediakan loyang yang di sapu mentega dilapis dengan parchment paper atau gunakan aluminium food containers. 2. Putar mentega, gula dan sour cream dan mango flavour import sehingga kembang.  3.Masukkan telur dan putar hingga sebati.  4.Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung naik sendiri tadi dan putar sehingga sebati. 5. Tuang dalam loyang tadi dan ratakan. Hias dgn buah-buahan di atas permukaan adunan. 6.Bakar hingga kek masak. Lebih kurang 30-35 minit. 7. Angkat kek dan sejukkan. Ayak gula aising/ snow powder jika suka sebelum dipotong (sewaktu kek sudah sejuk) Kredit Re...

RESEPI BISKUT NESTUM RANGUP

Image
RESEPI BISKUT NESTUM RANGUP BAHAN - BAHAN Sebuku butter* 3/4 cawan gula halus* 1 biji kuning telor* 1 sudu teh esen vanila* 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung 1 1/2 cawan nestum CARA MEMBUATNYA 1. Satukan dan sebatikan bahan yang bertanda * 2. Masukkan tepung gandum. tepung jagung dan nestum 3. Uli sampai jadi doh.  4. Tekap guna acuan pilihan.  5. Sapu putih telor tabur nestum dan ceri 6. Bakar suhu 150 selama 15 minit.. 7. Siap. Kredit Resepi   : Niyah Abd Karim‎ 

RESEPI TAUHU BERGEDIL SEDAP GILOSSS

Image
RESEPI TAUHU BERGEDIL SEDAP GILOSSS  BAHAN - BAHAN 5-6 biji kentang 200 gram Daging Kisar Tauhu pok Daun sup* Bawang goreng* Garam* Lada hitam* Serbuk perasa* Bawang holland CARA - CARA MEMBUATNYA   1. Kupas kentang dan potong 4 2. Rebus kentang sampai empuk 3. Sementara tu potong dadu sedikit bawang holland. Untuk tumis bersama daging kisar. 4. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan daging kisar. Masak sehingga kering.  5. Bila kentang dah empuk, angkat dan toskan. Lenyekkan kentang masa kentang tu masih panas.  6. Masukkan daging yang dah siap masak. 7. Campurkan bersama bahan2 bertanda *. 8. Gaul rata semua bahan. Lepas tu rasa.  9. Gunting bentuk X kat bahagian atas tauhu.  10. Sumbat inti dalam tauhu. CELUPAN:   3 biji telur Garam sikit Pukul telur bersama garam. Celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas.  BAHAN - BAHAN SOS (sumber dari azian collection):   2-3 ulas bawang putih 1 inci halia  1 c...

RESIPI AISKRIM POTONG KACANG MERAH HOMEMADE

Image
RESIPI AISKRIM POTONG KACANG MERAH HOMEMADE BAHAN A 200gm gula pasir  (kalau rasa tak suka manis sangat boleh kurangkan)  3s udu besar susu tepung  350ml air BAHAN B 2 sudu besar tepung ubi 2 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar tepung gandum 50ml air -campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata. BAHAN C 80gm susu pekat  500ml santan pekat atau susu cair 2 tin  250gm kacang merah ( dalam tin / buat sendiri ) Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap   Daun Pandan   garam secukup rasa   CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana. 2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masuk kan bahan C. Bila mendidih, matikan api. 3. Tuang dalam acuan ais krim atau plastik aiskrim . 4. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan. Kredit Resipi :  Nur Atikah

RESEPI DAGING DENG DENG MEK DA

Image
RESEPI DAGING DENG DENG MEK DA BAHAN - BAHAN 3 biji bawang putih  4 biji bawang merah (lebih pun tak apa lebih sedap)  1 inci halia  1/2 inci lengkuas  3 tangkai Serai (lebih pun tak apa lebih sedap)  3 senduk besar lada kisar  1/2 mangkuk kicap (untuk di perap bersama daging)  2 senduk kicap Saya cadangkan "kicap kipas udang - MANIS  (warna merah)"  1 mangkuk daging(siap dihiris)   minyak masak secukupnya  CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Daging diperap dengan 1/2 mangkak kicap tutup mangkuk dan ketepikan.  2. Tumbuk @ kisar bahan 1-5.  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar, setelah bahan tumisan naik bau masukkan lada kisar.  4. Apabila lada sedikit garing, masukkan pula daging yang diperap beserta kicap. Biarkankan daging dengan api kecil @ sederhana dan sentiasa di kacau agar sekata dan tidak hangus di bahagian bawah,  5. Setelah kuah menjadi kering, daging deng deng siap untuk di hidang. Kredit...

RESEPI COLEK BUAH @ ROJAK YANG SIMPLE TANPA TEPUNG

Image
RESEPI COLEK BUAH @ ROJAK YANG SIMPLE TANPA TEPUNG BAHAN - BAHAN 1 paket gula kabung / 4 keping gula melaka / 3 cawan gula  (boleh tambah quantity jika suka) 10 biji bawang merah hiris nipis 1 gengam udang kering ditumbuk 15 biji cili padi / cili kering (tumbuk kasar) 1 inci belacan 1 cawan sos ikan Thai (sos nampla) 2 cawan air 1/2 cawan kacang tanah (sangai & tumbuk kasar) 1/2 cawan kicap manis 2 sudu besar sos tiram CARA-CARA MEMBUATNYA 1. Masukkan gula kabung @ gula melaka @ gula, sos ikan, belacan, cili dan air ke dalam periuk.  Masak dengan api slow ye. Masak sehingga pekat.  2. Kemudian masukkan bawang kecil, udang kering, kicap manis dan sos tiram dan didihkan lagi sehingga pekat. Jangan lupa kacau. 3. Sejukkan colek, barulah masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk. Simpan dalam bekas yang tertutup dan masukkan dalam peti ais.  **Hidangkan bersama buah-buahan 

RESEPI MI HONG KONG

Image
RESEPI MI HONGKONG BAHAN-BAHAN: 200gm mi kuning 2 biji telur 80gm udang | dibuang kulit 80gm sotong | dihiris 2 ulas bawang putih | dicincang halus 3 sudu makan cili boh 2 sudu makan sos tiram 2 sudu makan sos cili 2 helai daun sup | dihiris 50gm sawi | dihiris 40gm kobis | dihiris 30gm kobis bunga | dihiris 40gm lobak merah | dihiris 50ml air Garam secukup rasa CARA MEMASAK: 1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak. 3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar. 4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah. 5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar. 6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati. Sebelum mi digoreng, pastikan minyak betul-betul panas Kredit Resepi : News Feed

RESEPI AYAM PANGGANG ALA DOMINOS

Image
RESEPI AYAM PANGGANG ALA DOMINOS BAHAN - BAHAN Ayam telah dipotong 120 gram sos cili 120 gram sos tomato 120 gram sos tiram  2 sudu besar madu  2 sudu besar gula 1 sudu besar garam 1 sudu besar serbuk cili 2 sudu besar lada hitam 2 ulas bawang putih di tumbuk lumat 60 gram butter CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Masak kesemua bahan sampai butter cair 2.sejukkan 3. Lumur pada ayam dan letak sedikit minyak  3. Perap ( lagi lama lagi sedap) 4. Bakar suhu 180°-200° ikut oven masing - masing qpi atas bawah. selama 30-40 min  SeLamAt mEnCUba Kredit Resepi :  Fiza Sezali

RESEPI ROTI BUN

Image
RESEPI ROTI BUN BAHAN - BAHAN 1 cawan air suam 1 peket yis mauripan(11gm ) #dikacau hingga larut # biarkan naik berbuih dulu 1 biji telor (dipukul) 2 sudu makan majerin / mentega 2 sudu makan susu pekat  3 sudu makan gula  3 1/2 cawan tepung gandum CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Satukan semua bahan 2.  Tuangkan bancuhan YIS tadi 3. Gaul dan uli hingga mnjadi doh yang tak melekat - lekat ditangan 4.  Rehatkan & tutupkan ( biarkan doh naik ) 5.  Apabila doh telah naik,Tumbuk - tumbukan dan uli semula doh dengan perlahan. 6.  Bentukkan ikut suka, susun dalam loyang 7. Sapukan mentega @ majerin 8. Rehatkan dan biarkan ia naik sekali lagi 9. Masuk oven dan bakar 150/160c hingga keperangan. dengan menggunakan api diatas juga dibawah. 10. keluarkan dari oven dan sapukan dengan majerin/ mentega untuk nampak berkilat - (kalau suka ) nota: [ Tambahkan tepung jika terlembik dan basah-basahkan tapak tangan  dengan air jika adunan agak terkeras...tau..ULI hingga ela...

RESEPI KEK COKLAT PALING SENANG NAK BUAT

Image
RESEPI KEK COKLAT PALING SENANG NAK BUAT BAHAN - BAHAN 1 paket biskut Oreo (pek 137g) 100ml susu Dutch Lady coklat. CARA - CARA MEMBUATNYA  1. Hancurkan Biskut Oreo sekali dengan krim di dalamnya. Ikutlah nak bubuh dalam plastik dan tumbuk dengan lesung atau guna blender. Saya guna blender saja. 2. Tuang Susu ke dalam biskut yang dihancurkan tadi. Kacau sampai rata. 3. Bila dah siap, masukkan dalam loyang. 4.  Akhir sekali, kukus selama 20 minit dengan api kecil. Siap! Kredit Resepi  Hunny Na

RESEPI KEK LUMUT CHEESE

Image
RESEPI KEK LUMUT CHEESE BAHAN - BAHAN 16oz mentega Anchor Salted 10bj telur ayam Gred A 2 gelas nestum madu diblend 1/2 gelas gula halus 200gm holick 1 tin kecil susu pekat 1 tin kecil srikaya yoes 1 gelas tepung hongkong pandan paste 60ml sedikit pewarna hijau tua CARA - CARA MENGADUN 1. Putar mentega dan gula sehingga kembang,  2. Masukkan telur satu persatu. pukul sehingga kembang dan sebati.  3. Masukkan susu dan sri kaya gaul sebati.  4. Masukkan lagi nestum,holick dan tepung, gaul rata.  5. Last sekali masukkan pandan pes. gaul rata.  Masukkan sedikit pewarna jika nak. BAHAN CHEESE 750gm cream cheese 3 biji telur 1 gelas gula halus 4 sudu makan tepung hong kong ***Mixer bersama sehingga sebati CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Adunan hijau bahagi 2. kukus lebih kurang 1 1/2jam sehingga masak,  2. Masukkan adunan cheese dan kukus lagi sehingga masak.  3. Akhir sekali masukkan adunan hijau terakhir dan kukus sehingga 2 1/2jam keseluruhan atau sehingga cuku...

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU

Image
  RESEPI SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU BAHAN - BAHAN 1 ikat pucuk ubi* 5 helai daun kunyit * 20 helai daun kaduk* 1 ikat pegaga(saya tambah) * Petai ambik isi saja Ikan bilis 5 batang serai * Setengah kilo santan pekat 1 cawan tempoyak  garam BAHAN KISAR 1/2 cawan cili api 2 inci kunyit hidup CARA -  CARA MEMBUATNYA 1. Hiris halus bahan bertanda * 2. Kisar cili padi dan kunyit hidup... masukkan terus dalam kuali 3. Masuk santan dan tempoyak. Dah mendidih masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi 4. Masukkan ikan bilis dan petai. Masak sampai pekat. 5. Rasakan dengan garam. 6. Siap Kredit Resepi :  Zaimah Zakaria

RESEPI YEE MEE SIZZLING

Image
RESEPI YEE MEE SIZZLING BAHAN - BAHANNYA  ( UNTUK 3 ORANG ) 3 gulung yee mee 5 ulas bawang putih - dicincang halus 1/2 inci halia - dicincang halus Ayam - dipotong kecil 6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4 4 biji cili kering - dipotong-potong 4 sudu makan sos tiram 3 sudu makan kicap cair 3 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan serbuk lada hitam 1 sudu teh minyak bijan 2 sudu makan tepung jagung + secawan air Minyak untuk menumis 4 cawan air CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi. 2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk. 3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air). 4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak. 5. Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit. 6. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat. 7. Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api. 8. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 s...

RESEPI IKAN MASIN LADA PUTIH

Image
RESEPI IKAN MASIN LADA PUTIH BAHAN - BAHAN Ikan masin  ( ikut suka apa jenis, di potong kecil & di goreng ) Lada putih  ( ikut suka tahap kepedasan) Bawang putih  Bawang merah  Bawang besar Air asam Jawa  Garam, Ajinomoto , gula  CARA - CARA MEMASAKNYA 1. Goreng ikan masin ( kegaringan ikan tu ikut suka.. ) 2. Tumis Bawang merah dan bawang putih hingga garing dan naik wangi. 3. Masukkan lada putih yang telah dihiris tadi 4. Seterusnya, masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi 5. Masukkan bawang besar. Tumis dan gaulkan bersama. Tumis sampai  warna coklat kecoklatan semua bahan-bahan tadi.. tambah perasa seperti garam ajinomoto dan gula untuk menyeimbangkan rasa.  6. Masukkan sedikit air asam jawa  Selamat mencuba. kredit Resepi :  Watie Dee

RESEPI LOTUS BISCOFF CHEESECAKE

Image
RESEPI LOTUS BISCOFF CHEESECAKE BAHAN - BAHAN 400g cream cheese  1 sudu kecil essence vanilla 125ml whipping cream 2 sudu besar gula icing 90g butter  200g lotus biscoff spread 15keping lotus biscoff biscuit CARA - CARA MEMBUATNYA BASE CAKE 1. Hancurkan lotus biscoff biscuit sampai jadi crumble.  2. Cairkan butter atas dapur, masukkn lotus biscuit yg dah dihancurkan. 3. Gaul rata dan masukkan dalam loyang dan tekan2 utk jadikan base.  BAHAGIAN TENGAH ( CHEESE ) 1. Mix cream cheese + essence vanilla + 2sudu besar lotus biscoff spread sampai sebati. 2. Bekas lain, mix whipping cream + 2sudu besar gula icing sampai kembang. 3. Campurkan adunan cream cheese dan whipping cream tadi.  7. Tuang adunan tu atas base.  TOPPING 1. Untuk topping, cairkan lebihan lotus biscoff spread tadi tu atas dapur. Dan tuang atas kek.  2. Sejukkan kek dan siappp untuk dimakan esok . Tips Jika buat dalam bekas kecik-kecik,  1 adunan ni dapat 6 bekas.  Sumber Resepi...

RESEPI APAM SUSU SUKATAN CAWAN

Image
RESEPI APAM SUSU SUKATAN CAWAN BAHAN - BAHAN APAM SUSU 4 biji telur ayam 1 sudu teh esen vanila 1 sudu besar ovalet 1 sudu besar susu pekat 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula Pewarna CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Pukul telur, vanila, ovalet, gula sampai kembang gebu dan putih. 2. Masuk susu pekat dan kembali pukul. 3. Masuk tepung dan kacau sampai sebati. 4. Kalau nak warnakan bahagi kan kepada beberapa bahagian  Warnakan sesukahati mengikut citarasa anda. 5. Akhir sekali, kukus kek apam susu anda selama 45 minit atau sampai masak. Kredit Resepi   : Dia Adila

RESEPI ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH

Image
ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH  BAHAN - BAHAN  1 bungkus roti Gardenia Sosej Cheese 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Sediakan 2 keping roti. 2. Letakkan cheese dahulu di atas roti 3. Letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga. 4. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi 5. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau. 6. Celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata. 7. Panaskan kuali dan goreng. 8. Siap!