Posts

Showing posts from February, 2021

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Image
RESEPI DAGING MASAK HITAM BAHAN - BAHAN 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 tangkai daun kari 2 ulas bawang putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa  Minyak masak untuk menumis Bahan Kisar 4 biji bawang besar 3 inci halia 4 ulas bawang putih 20 biji cili kering 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih CARA - CARA MEMASAKNYA 1. Panaskan minyak masak.  2. Tumis bahan hiris,daun kari, bunga lawang & kayu manis hingga wangi.  3. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.  4. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk.  5. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Biar kuah agak pekat & secukup rasa.  6. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan.  **sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering. Selamat mencu...

RESEPI MASAK BLACK PEPPER CENDAWAN

Image
RESEPI MASAK BLACK PEPPER CENDAWAN BAHAN - BAHAN Ayam separuh – dipotong 1/2 pack cendawan segar – potong 4 batang celeri – potong serong  Sayur pilihan (sy letak kacang panjang) 1 inci halia – dihiris nipis 2 biji bawang besar – potong empat 5 ulas bawang putih – hiris nipis 1 sudu teh serbuk lada hitam 1 sudu kecil minyak bijan 2 sudu kecil kicap manis 2 sudu kecil sos tiram 4 sudu besar minyak masak Tepung jagung secukupnya garam dan gula secukup rasa CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Gaulkan ayam dengan garam,sos tiram dan goreng sampai separuh masak.Kemudian angkat dan ketepikan. 2.Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau dengan menggunakan minyak ayam tadi, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau sehingga sebati. 3.Kemudian masukkan ayam dan kacau seketika. 4.Selepas itu,masukkan pula cendawan, celeri, sayur, minyak bijan, sos tiram dan kicap manis kemudian kacau sehingga cendawan menjadi sedikit layu. 5.Tuang sedikit air,agak-agak je,kemudian masukkan sedikit pes tepu...

RESEPI PHAD KRA PHAO

Image
RESEPI PHAD KRA PHAO BAHAN - BAHAN Ayam *cincang halus  5 Sudu Besar Sos ikan 2 Sudu Besar Kicap 1 Sudu Kecil Secukup rasa 2 Sudu Besar Gula Daun selasih / basil leaves secukupnya BAHAN TUMBUK 1 labu besar Bawang merah  4 Ulas Bawang putih  8 Biji Cili api merah  CARA - CARA MEMBUATNYA 1.  Panaskan minyak . 2. Masukkan bahan tumbuk. kacau-kacau hingga agak layu sikit  3. Masukkan ayam cincang. 4. Kemudian masukkan kicap , sos ikan ,  Secukup rasa , gula dan daun selasih .  5. Kacaukan sampai ayam masak dan cukup balance semua rasa . 6. Siap #sayahalalkanresepi Sumber Resepi:  Azwa Muhammad

RESEPI KUIH TART DAUN

Image
RESEPI KUIH TART DAUN BAHAN - BAHAN 1 ketul mentega farm cows ( sejuk dr chiller)  20 gm gula ising 1 sdb minyak sapi  1 sdt esen vanilla  1 biji kuning telur ( dr peti sejuk)   2 sdb tepung jagung   Tepung gandum secukupnya ( tuang sikit2 sehingga doh tidak terlalu lekat di tgn)  2 biji kuning telur dan sedikit pewarna kuning  CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Keluarkan farm cows dr peti dan potong-potong supaya cepat lembut tetapi bukan sampai cair ya  2. Kacau/gaul dengan wisk atau senduk bila masukkan minyak sapi hingga sebati  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Dan kacau lagi . 4. Masukkan gula ising dan tepung jagung  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.. Sehingga doh tidak melekat di tangan  6. Timbang inti jem nenas 5gm..  Dan doh pastry pula 8gm.. Penyekkan doh dan letak inti ditengah - tengah dan tutup dengan doh pastry ( mcm buat kuih koci tu ya)  8. Gunakan penyepit kuih bangkit. Dan flower...

RESEPI AYAM MASAK THAI PADU & KAW

Image
𝗥𝗘𝗦𝗜𝗣𝗜 𝗔𝗬𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗧𝗛𝗔𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨 & 𝗞𝗔𝗪! BAHAN A ( WAJIB ) 10 ketul bahagian ayam yang telah digoreng 1 biji bawang besar dipotong bulat 2 batang serai dititik Daun limau purut Garam secukupnya 2 sudu sos tiram 2 sudu sos cili Minyak Sedikit air BAHAN B ( KISAR ) 3 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 5 biji cili merah 3 biji cili hijau 2 biji cili api CARA - CARA MEMASAKNYA 1. Masuk semua bahan-bahan untuk dikisar dalam blender dan kisar halus 2. Gaul ayam bersama serbuk kunyit. 3. Panaskan minyak. Goreng separuh masak. Ketepikan ayam. 4. Keluarkan minyak gorengan ayam, tinggal dalam anggaran 2 senduk. 5. Tumis serai sehingga naik baunya, dan kemudian masukkan bahan kisar halus. Kacau sehingga pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap. Anggaran 10 minit. 6. Masukkan separuh daun limau purut yang dibuang tulang tengah daunnya.  7. Kacau sampai naik bau daun limau purut. 8. Masukkan ayam goreng separuh masak tadi, diikuti sos cili, sos tiram dan tambah s...