Posts

Showing posts from August, 2019

RESEPI KUZI AYAM SEDAP

Image
RESEPI KUZI AYAM SEDAP BAHAN - BAHAN Ayam potong 12 BAHAN PERAP AYAM Saffron Halia  Bawang putih Garam Potong kiub dan goreng: Hempedal ayam Hati ayam - (rebus dulu), kalau suka 2 biji bawang besar BAHAN GORENG 15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus) 1/2 cawan kismis 1/2 cawan badam potong memanjang BAHAN TUMIS 6 bawang merah - blend 4 bawang putih - blend 4 sudu besar rempah kuzi 1 cawan minyak (campur minyak sapi) 1 tin susu cair 1 botol sos tomato del monte CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Panaskan minyak. goreng bawang merah hiris, tos. goreng bawang besar hingga kuning, tos. goreng badam hingga kuning, tos. goreng kismis, tos. goreng hempedal ayam, tos. Akhir sekali goreng ayam separuh masak. 2. Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dengan air. Goreng hingga wangi. Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata. 3. Masukkan bahan goreng yang lain seperti ayam, bawang goreng tumb...

RESEPI KUIH KETAYAP SEDAP

Image
RESEPI KUIH KETAYAP SEDAP BAHAN UNTUK INTI  1/2 biji kelapa parut 1/4 cawan gula melaka 1/4 cawan gula pasir 2-3 helai daun pandan 1/2 sudu kecil garam BAHAN UNTUK KULIT 2 cawan tepung gandum 2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa 1 biji telur 4-5 helai daun pandan 1 sudu kecil garam 2-3 titik pewarna hijau (optional) CARA - CARA MEMBUATNYA CARA UNTUK INTI 1. Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali. 2. Masak di atas api yang perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan. CARA UNTUK KULIT 1. Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis. 2.Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau.  3. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair. 4. Panaskan kuali yg di griskan denga...

RESEPI RENDANG DAGING POWER

Image
  RESEPI RENDANG DAGING POWER  BAHAN - BAHAN 1 sudu besar biji ketumbar * 1 sudu besar jintan manis* 1 sudu besar jintan putih * 1/2  sudu besar lada hitam* 5 tangkai cili kering* -Sangai dengan api perlahan bahan-bahan bertanda* sampai cili kering jadi rapuh. Kisar kering sampai halus ( ketepikan )  1 kg daging(potong nipis) @seekor ayam 5 ulas bawang merah kecik* 4 ulas bawang putih* 2 inci halia* 2 inci kunyit hidup * 4 batang serai* 10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan 3 sudu besar kerisik minyak masak secukupnya  sekilo santan garam daun kunyit(hiris halus)  CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Kisar bahan2 bertanda *  2. Tumis bahan-bahan kisar sampai garing @ pecah minyak 3. Masukkan rempah yang dikisar halus tadi. Kacau sebati  4. Masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri 5. Bila air daging dah agak kering sikit. Masukkan santan masak sampai pekat  6. Masukkan kerisik. Tabur daun kunyit  7. Rasakan dengan garam...

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI LAZAT

Image
RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI LAZAT BAHAN - BAHAN 1/2 kg daging lembu - rebus empuk dg pewarna merah 2 ulas bawang putih - ketuk 1 labu bawang besar - hiris 1 sudu besar cili kisar 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos ikan thai 1/4 cawan sos tomato Garam dan gula secukup rasa Kacang panjang - jika suka Daun sup/daun bawang 1 biji cili capsicum 1 cili merah CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan. 2. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. 3. Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih. Nota: Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato. Kredit : Page FB  Resepi Sedap

RESEPI TART DAUN

Image
RESEPI TART DAUN BAHAN - BAHAN  1 ketul mentega farm cows ( sejuk dr chiller) 20 gram gula ising  1 sudu besar minyak sapi  1sudu teh esen vanilla 1 biji kuning telur ( dr peti sejuk)   2 sudu besar tepung jagung  Tepung gandum secukupnya ( tuang sikit2 sehingga doh tidak terlalu lekat di tgn)  2 biji kuning telur dan sedikit pewarna kuning  CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Keluarkan farm cows dr peti dan potong2 supaya cepat lembut tetapi bukan sampai cair ya  2. Kacau/gaul dgn wisk atau senduk bila masukkan minyak sapi hingga sebati  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Dan kacau lagi . 4. Masukkan gula ising dan tepung jagung  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.. Sehingga doh tidak melekat di tgn  6. Timbang inti jem nenas 5gm..  Dan doh pastry pula 8gm.. Penyekkan doh dan letak inti di tgh2 dan tutup dgn doh pastry ( mcm buat kuih koci tu ya)  7. Cara nk membentuk daun tu sila rujuk gambar dibawah....

RESEPI TART NENAS GULUNG

Image
RESEPI TART NENAS GULUNG BAHAN - BAHAN 250g butter 2 kuning telur 3 sudu besar gula castor 1st esen vanila 3 cawan tepung 3 sudu besar tepung jagung Jem nenas secukupnya (1 kg jem nenas cukup untuk buat 2 adunan di atas, bergantung kepada kebesaran gentelan) 1 kuning telur, 1 sb susu dan setitik pewarna kuning telur - dikacau sebati untuk sapuan CARA MEMBUATNYA 1. Pukul butter dan gula hingga berkrim. 2. Masukkan kuning telur, pukul sebati. 3. Masukkan esen vanila, pukul sebati. 4. Masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg lembut. Gaul menggunakan tangan dan sehingga doh tidak melekat di mangkuk. Mungkin tepung tak perlu dihabiskan kerana kuantiti tepung sebenar bergantung juga kpd jenis butter yg digunakan. Doh tak boleh terlalu keras sebab bila nak picit dalam acuan semperit atau nastar atau sewaktu nak gulung, doh akan pecah. 5. Menggunakan acuan semperit atau nastar, picitkan doh ke atas papan alas dgn bahagian belang2 mengadap ...

RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL

Image
RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL BAHAN - BAHAN 600g daging tetel - direbus hingga empuk 2 batang serai - dititik 1 kuntum bunga lawang 2 sudu teh halba campur 6 sudu makan cili kering kisar 1 sudu teh serbuk kari daging 3 helai daun limau purut Air asam jawa secukupnya garam dan serbuk perasa minyak untuk menumis BAHAN TUMBUK LUMAT 1 inci lengkuas 1 1/2 inci halia 1 inci kunyit hidup 3 ulas bawang putih 2 biji bawang besar 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh jintan manis CARA - CARA MEMASAKNYA 1. Panaskan minyak dalam periuk.  2.Tumis bunga lawang, serai, bahan tumbuk, halba campur dan cili kisar hingga wangi dan terbit minyak. 3. Masukkan daging dan air rebusannya sekali. 4. Masukkan daun limau purut. Kacau rata. 5. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih. 6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Biarkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat. 7. Sedia untuk dihidangkan.

RESEPI KUIH BAWANG VERSI SABAH

Image
RESEPI KUIH BAWANG VERSI SABAH  BAHAN - BAHAN 1 Kg Tepung 1 tin planta kecil (250gm) 5-6 biji bawang merah udang kering (ikut citarasa masing2, lebih banyak lebih sedap) daun sup daun bawang 1 biji telur Sedikit santan pekat Garam dan ajinomoto secukup rasa. CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Bawang merah, daun sup, daun bawang, di cincang halus, ayak tepung, gaul tepung dengan ajinomoto hingga sebati dan masukkan bawang,daun sup dan daun bawang yg telah di cincang halus ke dalam tepung dan gaul rata. 2. Masukkan telur, planta dan sedikit santan. Gaul hingga betul2 sebati. 3. Adunannya biarlah seperti membuat kuih kering. 4.  Canai adunan sehingga nipis dan gulungkan.  5. Selepas itu, dipotong nipis dan goreng dgn minyak yg banyak. Kredit Resepi :  nina hamid via mahn

RESEPI AISKRIM TRADISIONAL ALA MAGNUM

Image
RESEPI AISKRIM TRADISIONAL ALA MAGNUM BAHAN - BAHAN 1.  Susu cair 1 tin Susu pekat 1/2 tin Ovellate 1 sb (blander semua diatas) 2.  coklat masakan  jenama berly (double bowl) 3.  Masukkan coklat dalam plastik aiskrim ratakan, kemudian masukkan adunan aiskrim. Nota. Part masukkn coklat boleh gunakan pipping beg yang 3 segi tu. Ratakan guna tangan ke guna atau pembaris. Kredit Resepi :  Nur aZieala

RESEPI BUBUR JAGUNG MUDAH

Image
RESEPI BUBUR JAGUNG MUDAH BAHAN - BAHAN 4 tongkol jagung-amik isi nya Santan Daun pandan 2 keping gula melaka Garam CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Didih kan sedikit air , 2. Masukkan jagung yg telah dikopek isi nya, 3. Bila jagung nya dah mendidih,masukkan santan,gula melaka dan garam. 4. siap Kredit Video Dan Resepi :  IG Masakwithpassion