Posts

Showing posts from May, 2020

RESEPI KEK LAPIS BELACAN LUMUT CHEESE

Image
RESEPI KEK LAPIS BELACAN LUMUT CHEESE BAHAN - BAHAN LAPISAN KEK BELACAN  ( BAHAGIAN BAWAH ) 170 g mentega asli 50 g gula halus 3 biji telur grad A 95 g tepung pau 100g sri kaya Yeos 100 g susu pekat manis 100g milo 100 g Horlick 1 sb browning sugar 250 g coklat masakan ( dicairkan ) Sedikit asen vanilla CARA - CARA MEMBUATNYA  ( LAPISAN KEK BELACAN ) 1. Mentega dan gula dipukul sehingga kembang 2 .Masukkan telur satu persatu. 3. Masukkan tepung gandum, milo, horlick dan susu pekat. Sebatikan. 4. Masukkan esen vanilla, browning sugar dan coklat masakan. 5 .Kukus satu jam atau sehingga masak.  LAPISAN KEK LUMUT  (BAHAGIAN TENGAH) BAHAN - BAHAN 170 g mentega asli 3 biji telur A 50 g gula halus 90 g roti marie ( dikisar) 1 sudu penuh tepung pau 100 g sri kaya Yeos 100 g susu pekat manis 100 g Horlick ½ botol pandan paste Sedikit pewarna hijau CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Mentega dan gula dipukul sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu. 3. Masukkan susu pekat, sri k...

RESEPI KEK HORLICK COKLAT

Image
KEK HORLICK COKLAT BAHAN - BAHAN 10 biji telur 8 oz mentega 200 g horlick coklat 1 gelas gula 1 tin susu manis 3 sudu makan tepong gandum/ hongkong 3 sudu makan browning  CARA - CARA MEMBUATNYA 1.  Mentega dan gula dipukul sampai kembang kembang 2.  Masuk susu, horlick, tepung dan browning. gaulkan rata 3. kukus 2 jam.

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP

Image
RESEPI AYAM MASAK UNGKEP BAHAN - BAHAN 10 ketul daging ayam 1 batang serai - ketuk 1 keping asam keping 3 helai daun limau purut air secukupnya minyak masak secukupnya garam & gula secukup rasa  BAHAN KASAR 2 labu bawang besar 3 ulas bawang putih  1 inci halia  1 inci kunyit hidup 2 batang serai  1sb jintan manis 1sb jintan putih  1sb serbuk ketumbar cilipadi hijau 20 biji CARA - CARA MEMBUATNYA 1.  Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yg telah dikisar. Tunggu sampai pecah minyak.  2.  Masukkan ayam, daun limau purut dan serai yang diketuk.  3.  Boleh tambah air ikut suka . Nak berkuah lebihkan air.  4. Buka api perlahan dan tutup dgn tudung periuk. Sesekali kacau supaya tidak  terhangit. 4.  Lepas tu masukkan garam & gula secukupnya.  5. Siap  Kredit Resepi  :  Atier Syah #mahn

RESEPI KUAH STIM ALA THAI

Image
RESEPI KUAH STIM ALA THAI BAHAN - BAHAN 1 kiub bilis atau ayam 1 sudu sos tiram 3 sudu sos ikan 5 sudu gula putih/perang 7 ulas bawang putih ditumbuk halus 2 biji jus limau nipis 2 tangkai daun ketumbar digunting 10-20 cili padi digunting 1/2 cawan air panas CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Sediakan kuali n panaskan air 2. Gaul semua bahan di atas dalam mangkuk berasingan. 3. Tumpahkan samarata ke atas semua bahagian ikan. 4. Stim dalam 10-15 minit **Resepi ni tak perlukan garam. kredit Resepi :  Nadiah Halim MAHN

RESEPI KEK LAPIS TAN SRI MUHYIDDIN

Image
RESEPI KEK LAPIS TAN SRI MUHYIDDIN BAHAN A Butter 480 gm Cream cheese 150 gm Gula 200 gm Ovallate 25 gm BAHAN B Telur 10 biji BAHAN C Air sejuk 150 gm BAHAN D Tepung gandum 300 gm Tepung roti merry 200 gm Serbuk santan 1 pax Baking powder 1 tsp BAHAN E Kaya 250 gm Susu manis 250 gm CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Putar bahan A hingga kembang dan gebu 2. Masukkan bahan B satu per satu putar rata 3. Masukkan bahan C dan gaul sebati 4. Masukkan Bahan D dan putar rata 5. Masukkan Bahan E dan gaul sebati 6. Bahagi adunan kepada 3 bahagian Bahagian 1 Serbuk ice cream chocolate 100 gm Chocolate paste 1 tsp Pewarna hitam Bahagian 2 Red velvet paste 2 tsp Bahagian 3 Perisa butter oil 1 tsp Poppy seed 70 gm Pewarna putih 2 tbsp 7.  Bakar lapis-lapis hingga masak.  Suhu 180 dlm 6 ke 7 min selapis ikut oven masing- masing Kredit Resepi :  FB Arnab Jed

RESEPI KEK LAPIS SABOK TUN RAZAK

Image
RESEPI KEK   LAPIS SABOK TUN RAZAK BAHAN - BAHAN 10 Biji Telur Ayam 2 gelas Gula Halus 1½ Gelas Tepung Gandum atau Hong Kong 200 gram Horlick 1 Botol Kecil Jem Buah Buahn ½ Tin kecil Susu Pekat 16 oz Butter ½ Gelas Koko CARA -CARA MEMBUATNYA 1. Pukul Telur dengan Gula Hingga kembang,  2. Masukkan Mentega , kacau sebati masuk pula susu pekat & jem buah buahan .kacau sebati lagi ..  3. Kemudian masuk tpg gandum & kacau rata 4. Bahagi adunan 2 bahagian Bahagian 1 - Letak Horlick  +  Pewarna Kuning Bahagian 2 - Letak Koko + 1 sudu Browning Bakar lapis2 hingga masak.  Suhu 180 dlm 6 ke 7 min selapis ikut oven masing- masing Kredit Resepi  Juliza Ahmat

RESEPI APAM LENGGANG

Image
RESEPI APAM LENGGANG BAHAN - BAHAN 1 1/2  cawan tepung beras 1/2  cawan tepung gandum 1 1/2 sudu kecil yis 7-8 sudu besar gula 1 cawan air 1 cawan santan pekat 1 biji telur CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Campurkan semua bahan kecuali santan..Gaul rata dan perap selama 2-3 jam 2. Masukkan santan dan gaul lagi 3. Panaskan kuali dan griskan minyak pd kuali...ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap 4. Kalo pakai non stick pan tak perlu gris minyak 5. Masak dengan api perlahan...bila dah kekuningan bolehlah digulung atau dilipat dua... 6. Siap. Sedap makan panas - panas.

RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP

Image
RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP BAHAN - BAHAN Sotong dibersihkan Bawang besar dipotong bulat BAHAN TUMIS Bawang merah di blend Bawang putih diblend Cili kisar Asam jawa Garam Gula Secukup rasa Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal CARA - CARA MEMASAKNYA 1. Tumis bahan kisar,masukkan cili kisar,tumis hingga garing, 2. masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa, 3. masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis , 4. last masukkan sotong dan kacau sehingga masak. 5. Siap. Kredit / Sumber Resepi :  Rosehayatie

RESEPI COLESLAW MUDAH

Image
RESEPI COLESLAW MUDAH  BAHAN - BAHAN 1 biji kubis potong dadu 1 btg carrot potong dadu 2 sb bawang holland potong dadu ½ cawan mayonis ⅓ cawan gula pasir ¼ cawan susu full cream (dutch lady) ¼ cawan buttermilk 2 ½ sb perahan lemon 1 ½ sb cuka ½ sk garam  ⅛ sk serbuk lada hitam CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan. 2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata. 3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2. 4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.

RESEPI PANCAKE KAYA & NUTELLA

Image
RESEPI PANCAKE KAYA & NUTELLA BAHAN - BAHAN 1 1/2 cwn tepung Gandum 1/2 cwn susu segar 1/2 cwn air 1 sudu teh tepung kastard sedikit vanilla 1 biji Telur A 1 sudu teh baking powder CARA - CARA MEMBUATNYA **Mix dalam blender sehingga sebati **kemudian, buat pancake mini ( tokey guna sudu sukat besar ). **lepas tu intikan mengikut citarasa ,  kapitkan Tips* ..  Jangan masak pancake sampai terlalu kering. Kredit Resepi  : Adri Oppa

RESEPI AISKRIM OREO

Image
RESEPI AISKRIM OREO BAHAN- BAHAN 4 Sudu Besar Susu Manis 2 Tin Susu cair Biskut oreo Choki - choki ( Ikut Suka ) Bekas aiskrim Tepung jagung  Garam CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Didihkan campuran susu cair dan pekat didalam periuk. 2. boleh tambah air jika mahu, ikut tin susu 3. Tambah 2sudu tepung jagung ( untuk melbutkan ) dan sesudu kecil garam ( untuk naikkan lemak ) 4. Kacau sehingga didih dan matikan api biarkan suhu turun sebentar. 5. Ambil oreo yang dah dipatah2kan dan masukkan ke dalam bekas aiskrim ( boleh juga kalau nak letak jelly atau choki2). 6. Masukkan kedalam freezer. 7. Siap untuk dihidangkan. Kredit Resepi : Instagram  : @hawazman

RESEPI ROTI STEAM HOTDOG CHEESE

Image
RESEPI ROTI STEAM HOTDOG CHEESE BAHAN - BAHAN Roti Hotdog Kosong (Panjang )  Ramly Frankfurter Lembu / Sosej * nk pakai ayam pun boleh ikut citarasa anda Cheesedale Mayones Sos ( Ikut Suka ) CARA-  CARA MEMBUATNYA 1. Frankfurter direbus dulu dan toskan. 2. Amik roti belah tengah dan sapu kan mayones di dalam 3. Sumbatkan frankfurter tadi di tengah - tengah roti 4. Kerat kepingan cheese jadi beberapa bahagian. Anggaran besar ikut suka hati. Kalau suka cheese banyak kerat 2 je 5. Lapiskan kepingan cheese di atas frankfurter/sosej tadi. 6. Panaskan air periuk, Kukus smpai menggelegak dan susun roti2 tadi dlm periuk. Pastikan air betul - betul menggelegak dan periuk berwap. * kalau takut roti melekat di periuk boleh letak atas pinggan sebagai alas. 7. Tutup tudung periuk dan kecik kan api. Kukus selama 2 minit paling maksima atau smpai cheese cair n roti panas n lembut. 8. Hasil nya.. Roti Hotdog Steam Berkeju. * kalau suka boleh tambah sos cili / tomato / blackpepper di atas dan ...

RESEPI BISKUT CORNFLAKES COKLAT

Image
RESEPI BISKUT CORNFLAKES COKLAT BAHAN - BAHAN 200gm Cornflakes 400gm coklat 50gm badam yang dibakar sehingga ranggup Sedikit Colour Rice sebagai hiasan CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Mula-mula susun cawan kertas di dalam acuan 2. Kemudian cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler 3. Setelah coklat cair dan tidak berketul, masukkan cornflakes bersama badam. Kacau rata 4. Setelah itu, ambil satu sudu cornflakes dan masukkan ke dalam cawan kertas dengan segera 5. Taburkan colour rice dan biar sehingga coklat keras 6. Biar seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba! Kredit Resepi :  iCookAsia

RESEPI JAGUNG CHEESE LELEH

Image
RESEPI JAGUNG CHEESE LELEH BAHAN-BAHAN 4 tongkol jagung 1 tin susu cair ( sy guna fresh milk Dutch lady) 2 sudu b susu pekat (klau nak manis bole + ) 2 sudu b planta /buttercup Garam Lada sulah 4 keeping Cheddar CARA-CARA MEMBUATNYA 1.Masukkan semua bahan dalam periuk 2.  Biar mendidih siap nak wangi letak daun pandan. kredit resepi: Siti Nabilah Jamaluddin MAHN

RESEPI KEK LAPIS MONALISA

Image
RESEPI KEK LAPIS MONALISA BAHAN -  BAHAN 10biji telur Gred A 500g butter SCS (ikut citarasa masing2) 1/2 cawan metrik gula halus 1 tin kecil susu pekat manis 1 paket kecil horlick 1 sudu mkn ovallete 250g cream cheese (saya guna Tatura) 300g tepung hong kong Pandan paste Coklat emulco Pewarna putih CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Putar mentega,gula halus dan ovallete sampai kembang.  2. Masukkan telur satu persatu. Putar semua sebati. Kemudian baru masukkan susu pekat dan horlick. Putar lagi sampai sebati. Masukkan tepung hong kong.  3.  Bahagikan adunan kpd 2 bahagian sama rata/ timbang bagi sama rata. 4. 1 bahagian + pewarna putih +cream cheese( putar dulu cream cheese supaya tak berketul2)    1 bahagian dibahagi lagi kepada 2 bahagian yang berbeza baru masukkan pandan paste dan juga coklat emulco. 5.  Kukus berlapis dengan lapisan coklat terlebih dahulu baru lapisan pandan. Selang bersama lapisan cheese putih. Tips: 1. Guna loyang 9x9 untuk kek yang seder...

RESEPI BASE PIZZA

Image
RESEPI BASE PIZZA BAHAN A 250gm tepung gandum 2 Sb susu pekat sejuk 15 gm susu tepung 1/2 sk garam 1 sk  fine cream supper  2 Sb minyak  130 gm air sejuk peti  1 sk yis BAHAN B 250 gm adunan doh roti asas yang di Frozenkan Boleh guna mana mana resepi roti asas . Nyah beku  dulu sebelum guna.  CARA - CARA MEBUATNYA 1. Masuk semua bahan A dlm BM (bread maker ) . Set fungsi knied 45 minit.  15 minit akhir ulian  2. Masukan bahan B .teruskan ulian hingga selesai .  ( Timbang 127gm dapat 5bj . Kadang kadang adunan tu dapat 130gm. Pandai pandailah korang ejas nanti ) 3. Bulatkan  4. Rehat 10 minit tutup 5. Tabur tepung . canai leper 8' jng cuak pula kalau adunan tu nipis ya.  6. Celup dalam tepung suji /tepung somalina . Rehatkan 25 minit .  7. Bakar api atas bawah 160 selama 10 minit  ( tidak bertopig )    Yang bertopping 180 . 25 minit  Kredit Resepi : rasyidah nur hayati

RESEPI BENGKANG TEPUNG PANDAN

Image
RESEPI BENGKANG TEPUNG PANDAN BAHAN - BAHAN 2 cawan tepung gandum 1kotak kecil santan kara 3/4 cawan gula Garam secubit 2sm Butter 3 biji Telur 5 helai daun pandan blender jadikan 1 cawan air pandan 1 1/2 cawan air CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Blender semua sehingga sebati. 2. Sapu butter di loyang dan masukan bancuhan. 3. bakar api atas bawah suhu 180 selama 1 jam 15 minit.tambah suhu 200 selama 5 minit menggunakan api atas sahaja untuk mendapatkan permukaan yang garing. 4. kalau ada bijan boleh la tabur atas bengkang.  5. Sejuk dahulu baru potong  Selamat mencuba Kredit Resepi :  Nor Hazirah Manaf

RESEPI APAM PILKADOT SUKATAN CAWAN

Image
RESEPI APAM PILKADOT SUKATAN CAWAN BAHAN A 3 biji telur ayam gred A dari peti ais 1 cawan gula halus 1 cawan susu cair 1 sudu makan membukit ovelate 1/2 sudu makan esen vanila BAHAN B 2 cawan tepung gandum 3 sudu teh baking powder Untuk sukatan cawan, boleh gunakan apa-apa cawan yang sama atau cawan metrik 250ml. CARA - CARA MEMBUATNYA #1: Campurkan Bahan B dan ayak 2-3 kali supaya rata. Ketepikan. Bahan A dimasukkan dalam bekas pengisar. Guna kelajuan paling tinggi dan kacau hingga adunan mula bertanduk. Barulah masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk tangan sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk adan letak warna. Terpulang. #2: Sementara tu tadi, panaskan pengukus dengan api sederhana besar untuk didihkan air. Tepung yang siap diwarnakan dikacau sebelum masuk ke dalam piping bag. Piping masuk ke dalam acuan separuh, boleh letak inti pilihan atau tak nak pun takpe. Lepas tu piping lagi sampai 3/4 acuan. Barulah cantik resepi apam polkadot yang ni. Penuh ...

RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS

Image
RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS  BAHAN - BAHAN 1 ekor ayam(cuci bersih) 2 labu bawang besar 7 ulas bawang putih 2 inci halia 2sudu besar pati Oren sunquick 1 Senduk sos blackpaper aka sos lada hitam 3 sudu besar majerin (cairkan atas api) 1 biji ubi kentang (rebus empuk) 1 ketul kiub pati ayam 1 sudu kecil garam 2 sudu besar gula pasir CARA - CARA MEBUATNYA 1. Kentang, brokoli, tomato cerry adalah pilihan.  2.  Semua bahan-bahan di blend/ kisar dengan sedikit air (suku cawan air )  3. Dah kisar semua....perapkan dengan ayam. 4.  Perap 2 jam sebelum bakar.( lagi lama lagi sedap ) 5. Bakar pada suhu 200° selama 45 minit sampai masak menggunakan Api atas bawah. Kredit Resepi :   Cik Pooja

RESEPI CORNDOG CHEESE TARIK

Image
RESEPI CORNDOG CHEESE TARIK BAHAN - BAHAN  1 cawan tepung gandum 2 sudu besar gula 2 sudu kecil serbuk penaik 1/2 sudu kecil garam 1 telur 3/4 cawan susu Keju mozarela Keju cheddar Sosej Serbuk roti  Minyak CARA - CARA MEMBUATNYA :  1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam. 2. Masukkan telur dan susu. Gaul sehingga sebati. 3. Potong sosej dan keju mozarela mengikut saiz yang anda mahukan. Cucukkan sosej dan keju. 4.  Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi. 5.Celup sosej tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing. 6. Siap Kredit Resepi :  resepimakananMY #KokdiTV