Posts

Showing posts from September, 2019

RESEPI NASI TOMATO

Image
RESEPI NASI TOMATO BAHAN NASI 4 cawan beras 2 biji tomato 1 biji bawang besar 1 helai daun pandan 1/2 cawan susu cair 2 sudu butter 3 sudu minyak masak Rempah kasar 3 sudu tomato puri Garam Air secukupnya BAHAN AYAM MASAK MERAH 1 ekor ayam 1 1/2 biji bawang besar (dikisar) 5 biji bawang putih (dikisar) 2 cawan cili kering (dikisar) 1/2 inci halia (dikisar) 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu) Rempah kasar 1 biji tomato BAHAN ACAR 1 biji timun 1/2 biji nenas 1 biji bawang besar 1 batang cili hidup 3 sb cuka 5 sb gula CARA - CARA MEMBUATNYA 1)Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu 2)Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu 3)Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan 4)Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa. 5)Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau 6)Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak. 7)Masukkan gula melaka dan sedikit...

RESEPI CUCUR UDANG RANGUP

Image
RESEPI CUCUR UDANG RANGUP BAHAN - BAHAN 3 cawan tepung gandum 1 sudu teh instant yis 2 cawan air suam panas 1 biji telur 1 sudu teh garam halus Sedikit serbuk dkunyit Segenggam taugeh 10 helai daun kucai di potong memanjang Carot di sagat 1 biji cili merah di hiris nipis. CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Ayak tepung dan campur semua bahan dan gaul sebati.perap 1/2 jam. 2.Panaskan senduk yg hendak di gunakan,  3. letak adunan dalam senduk dan letak udang seekor.a 4. Agak dah tak melekat di senduk keluarkan.. 5. Goreng hingga garing... 6.Toskan minyak. RESEPI SOS CECAH  5 batang lada merah 6-7 biji cili padi 2 biji bawang putih 1/2 cawan sos cili 4 cawan air air asam jawa Garam gula secukup rasa.. BAHAN - BAHANNYA 1. Blender semua bahan dan masak hingga mendidih. 2.Bancuh tepung jagung dgn air sikit ikut kepekatan yg anda suka.. 3. Kacau sebati  4. Tutup api. Kredit resepi :  Izzat Mustaffa

RESEPI MEE HAILAM MELAYU

Image
BAHAN - BAHAN 2 bungkus mee kuning,  *Dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan. 500gm isi ayam atau daging 5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah jika suka) 3 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil lada hitam 2 sudu besar lada putih serbuk  Sayur - sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato Air rebusan tulang ayam atau daging - jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee ni 1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air. Garam secukup rasa Minyak untuk tumis BAHAN KISAR 2 inci halia 1 ulas bawang besar 8 ulas bawang putih CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. 2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata.  3. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam. . 4. Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Dah mendidih baru masu...

RESEPI SEAWEED RANGUP

Image
RESEPI SEAWEED RANGUP Bahan-bahan: 1 paket kulit popia 1 paket seaweed 1sudu kecil garam  1 sudu kecil lada sulah 1 biji telur Minyak masak CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Masukkan lada sulah dan garam ke dalam telur, pukul ringan sehingga rata. Ia digunakan sebagai pelekat kulit popia. 2. Sapukan telur ke atas sehelai kulit popia, kemudian letakkan sekeping seaweed di atasnya, sapukan adunan telur sekali lagi di atasnya dan lekatkan dengan sehelai kulit popia lagi. 3. Guntingkan kecil-kecil mengikut bentuk yang disukai. Buat sehingga habis semua kulit popia dan seaweed. 4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. 5. Seaweed rangup sedia untuk di hidang. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau. Kredit:  iCookAsia

RESEPI KUIH SEMPERIT SUSU

Image
RESEPI KUIH SEMPERIT SUSU BAHAN - BAHAN 500g Tepung Jagung 250ml Susu Pekat Manis 250g Mentega Hiasan (optional) Cip coklat/gula manik/ceri /pewarna (jika suka) CARA - CARA MEMBUATNYA 1)Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius (bergantung pada jenis ketuhar). 2. Sebatikan mentega dan susu pekat manis dalam mangkuk adunan. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga menjadi satu adunan. 4. Tekan doh menggunakan acuan semperit . 5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit.  (Suhu dan masa bergantung pada jenis ketuhar) Kredit resepi:  Ridyantiey watiey 

RESEPI KACANG KRUP KRAP / ALMOND CRUNCY

Image
RESEPI KACANG KRUP KRAP / ALMOND CRUNCY BAHAN - BAHANNYA Tepung florentine Badam Kuaci putih & hijau Kacang almond Bijan hitam CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Panggang semua kacang-kacang selama 10 minit pada suhu 130c 2.Bila sudah masak, gaulkan dengan tepung florentine  3. Letakkan dalam loyang mengikut ketebalan yang disukai. 4. Bakar dalam 15 minit dengan suhu 150c  5. .Bila sudah masak, Terus potong semasa masih panas. 6. Siapppp

RESEPI CHOC CHIP COOKIES

Image
RESEPI CHOC CHIP COOKIES BAHAN A 1 cawan butter 1 cawan gula perang 1 cawan minyak masak 1/2 cawan gula halus 1 sudu besar susu cair/susu segar (sy guna susu full cream 2sdb) 1 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla Secubit garam BAHAN B 4 cawan tepung gandum 1 sudu kecil cream of tartar 1 suduk baking powder 1 sudu kecil berkarbonat soda 2 cawan choc chip (saya guna 1 cawan choc chip + 1 cawan choc rice) 1 cawan kekacang x kira jenis apa pun CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama.. Dalam 1 minit je. 2. Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja.. 3. Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang.. 4. Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit Sumber resepi :  Shahila Hanim

RESEPI BISKUT DAM

Image
RESEPI BISKUT DAM BAHAN - BAHAN 2 1/2 cawan tepung gandum 1 cawan planta 1/2 cawan gula castor 1 biji telur 3 sb serbuk koko CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Pukul planta dan gula hingga kembang. 2. Masuk telur dan tepung gaul sebati . 3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan  dengan serbuk koko. 4. Masukkan kedua-dua doh dalam plastik dan disimpan di dalam fridge selama 30 minit. CARA MELAPISKAN DAM 1. Kemudian canaikan doh kuning dan doh koko lebih kurang  1cm tebal setiap keping. Pastikan kedua-dua doh sama saiz. 2. Sapukan campuran putih telur di atas lapisan koko. Kemudian  dilapiskan lapisan kuning di atas lapisan koko itu. Buat 4 lapis. 3. Lepas itu lapisan yang telah siap itu dipotong-potong setebal 0.5cm ataupun 1cm setiap keping. Ketebalannya mempengaruhi besar atau kecil biskut itu. 4. Sapukan putih telur di atas sekeping lapisan itu dan diletakkan  lagi sekeping lapisan bersilih warna (kuning+koko+kuning+koko). 4 lapis kesemuanya. Kemaskan su...