Posts

Showing posts from February, 2020

RESEPI KOBIS GULUNG

Image
RESEPI KOBIS GULUNG BAHAN - BAHAN Kobis hijau secukupnya  **Apa saja jenis kobis yang sesuai Dada ayam dicincang @ daging cincang  Bawang putih Bawang merah Serbuk lada hitam Serbuk lada sulah Serbuk maggi cukup rasa Serbuk cili Lobak merah Kobis purple CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Tumis bawang putih dan merah sampai naik bau. 2. Masukkan isi ayam masak sampai air ayam sedikit kering. 3. Masukan lobak dan kobis purple goreng sekejap..  4. Masukan lada hitam lada sulah serbuk cili dan maggi cukup rasa..Sesuaikan rasa.. 5. Celurkan daun kobis untuk melembutkannya supaya senang untuk golong.  6.; Setelah lembut. Masukkan bahan - bahan sebagai inti dan gulung. ** Boleh ikat dengan daun kucai kalau mahu. 7. Kukus selama 3 minit untuk melembutkan lagi kobis tersebut. Kredit Resepi :  Azhanie ismail

RESEPI ES CALAMANSI

Image
RESEPI ES CALAMANSI BAHAN - BAHAN 5 ke 10 biji limau kasturi  (perah jus, tapis biji. Simpan separuh kulit limau) 1 Tin laici 1 Tin longan Nata De Coco Segenggam daun pudina Selasih secukupnya  (rendam dengan air masak) 2 paket Cincau (parut) Ais secukupnya CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Campurkan semua bahan. Kacau rata.  **Kalau kurang manis, boleh tambah air gula.  **Kalau manis boleh tambah air masak.  2. Done. Kredit Resepi :  Nur fakhira Mohd Rosli  #dapurfaafeefoo

RESEPI PUDING OREO MILO "WANNACRY"

Image
RESEPI PUDING OREO MILO "WANNACRY" BAHAN - BAHAN • 10 gram serbuk agar - agar • 1 tin susu cair (400ml) • Satu bungkus oreo • Biskut oreo tadi korang ( patah 2 atau 4 ) • 750ml air • 150g gula • 3/4 cawan milo CARA - CARA MEMBUATNYA 1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Ikut sukatan air. 2. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga larut dengan api sederhana. 3. Masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih.  4. Bila dah sebatikan semua bahan-bahan tadi, pisahkan menjadi 2 bahagian (adunan milo dan adunan putih) 5. Bahagian pertama, kita campurkan dengan milo dan kacau perlahan hingga sebati, jangan ada yang berketul-ketul. Kemudian pisahkan dua bahagian milo, satu bahagian untuk lapisan bawah, satu lagi untuk lapisan atas sekali. 6. Tuangkan perlahan bahagian pertama milo, kemudian tunggu keras sikit.  7. Kemudian tuang perlahan adunan putih pula (yang tiada campuran milo).  8. Sekarang taburkan oreo ikut kretiviti, pastikan tenggelam kebawah dalam aduna...

RESEPI MASAK LEMAK CILI API NENAS IKAN MASIN

Image
RESEPI MASAK LEMAK CILI API NENAS IKAN MASIN BAHAN - BAHAN 3 ekor ikan masin sepat- di potong 2  1/4 biji nenas – dipotong nipis 1 batang serai – dibelah dua ataupun dititik 6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah) 1 cawan santan+1 cawan air 1 keping asam gelugor sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk garam CARA - CARA MEMASAKNYA 1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga hancur, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar. 2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, gunakan api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan nenas dan asam gelugor, setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin sepat, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. 3. Masak sehinga kuah pecah minyak dan tutup api,  4. Sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba. Nota:  Kalau nak tukar ikan masin dan nanas kepada ayam dan nangka muda pun boleh, cara masak nya tetap s...